Kaji selidik Bounce - Lion Air syarikat penerbangan terburuk di dunia, AirAsia turut tersenarai

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Indonesia, Lion Air dinamakan sebagai syarikat penerbangan antarabangsa terburuk di dunia dengan mencatatkan skor keseluruhan hanya 0.72, laporan dari Indonesia Expat pada 12 November lalu.


Berdasarkan senarai dikeluarkan laman kaji selidik pesawat, Bounce, selain Lion Air, satu lagi syarikat penerbangan dari Indonesia, Wings Air, berada pada kedudukan kedua terburuk daripada 50 syarikat penerbangan antarabangsa seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Lion Air mencatatkan tahap ketepatan masa hanya 42.27 peratus dengan kadar pembatalan penerbangan sebanyak 34.43 peratus,” demikian menurut kenyataan pada laman web Bounce.

 

Menurut laporan, satu pertiga daripada penerbangan Lion Air dibatalkan dalam tahun ini.

 

Selain itu, dari segi perkhidmatan makanan dan hiburan dalam penerbangan, Lion Air diberi markah sebanyak 1 daripada 5. Dari segi keselesaan tempat duduk dan layanan kru penerbangan pula, skor yang diperoleh adalah 2 daripada 5.

 

Wings Air dalam masa sama menerima skor 2 daripada 5 untuk layanan kru penerbangan dan keselesaan kerusi di samping 1 daripada 5 bagi makanan dan hiburan.

 

Syarikat penerbangan dari Indonesia yang turut memasuki senarai terburuk adalah Batik Air pada kedudukan ke-17 dengan skor ketepatan waktu sebanyak 62.64 peratus di samping pembatalan jadual penerbangan sebanyak 16 peratus.

 

Turut memasuki senarai syarikat penerbangan terburuk di belakang Lion Air dan Wings Air adalah Flydubai, AirAsia India, Shenzhen Airlines, VivaAerobus, Wizz Air, Ryanair, AirAsia Malaysia dan Volaris.

 

Skor keseluruhan dinilai berdasarkan beberapa faktor termasuk ketepatan waktu, rekod pembatalan penerbangan, kepuasan hati pelanggan, penawaran bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan layanan kru penerbangan.

 

Menurut Bounce, senarai sepuluh penerbangan terburuk di dunia adalah seperti berikut:

 

1.  Lion Air (0.72)

2.  Wings Air (1.11)

3.  Flydubai (1,18)

4.  AirAsia India (1.34)

5.  Shenxhen Airlines (1.54)

6.  VivaAerobus (1.56)

7.  Wizz Air (1.79)

8.  Ryanair (2.06)

9.  AirAsia (2.06)

10. Volaris (2.15)

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Informasi
  Pencapaian KLIA ini turut dikongsi dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori lebih 40…
Informasi
  “Kami mendengar keluhan anda dan ingin mendapatkan pandangan anda untuk mengenal pasti…