Kadar tol PLUS turun 18 peratus untuk kenderaan persendirian bermula 1 Februari

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan bersetuju melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berkuat kuasa 1 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu berdasarkan persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Januari, 2020.

Katanya lagi, lebuhraya yang terlibat ialah - Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Tempoh konsesi tol PLUS pula akan dilanjutkan selama 20 tahun dari 2038 ke 2058, dan kerajaan akan memastikan tiada kenaikan tol dicatatkan selama tempoh konsesi masih berjalan. 

 


Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    "PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat…
Berita Domestik
Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama…
Berita Domestik
Menurut kenyataan, video tersebut merupakan isu lama yang terjadi pada tahun 2019 dan sudah pun…