Kadar tol lebuh raya BESRAYA dan LEKAS diturunkan bermula tengah malam ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan diturunkan berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini, perkara tersebut telah diumumkan Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Berita Harian, penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu, IJM Corporation Berhad.

 

1

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam satu kenyataan, "Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) di Lebuhraya BESRAYA."

"Manakala kadar tol Lebuhraya LEKAS bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km untuk sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan."

 

2

 

"Kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA, dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS."

"Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA akan membayar RM1.85 sehala; manakala pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala"

 

3

 

Beliau turut menyatakan bahawa penurunan kadar tol tersebut akan berkuat kuasa bagi sepanjang tempoh konsesi kedua-dua tol lebuh raya berkenaan, berbanding kadar asal dalam perjanjian konsesi.

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Empat lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor…
Berita Domestik
Kadar pengurangan tol 18 peratus tersebut akan tertakluk kepada lebuhraya yang dioperasikan oleh…