Kadar tol empat lebuh raya (AKLEH, GCE, LKSA, SILK) turun tengah malam ini!

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Projek Lintasan Kota Holding (PROLINTAS) mengumumkan penurunan kadar tol bagi empat buah lebuh raya di bawah pengendaliannya bermula 20 Oktober 2022 jam 12.01 tengah malam.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Empat lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu (kenderaan contohnya kereta penumpang yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas), Kelas Empat (teksi) dan Kelas Lima (bas) di empat lebuh raya terlibat.
 

PROLINTAS


Bagi kenderaan Kelas Dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda, kecuali bas) dan Kelas Tiga (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas), kadar tol adalah tidak berubah.

Berikut adalah kadar tol baharu untuk Kelas Satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas):

Berikut merupakan senarai kadar tol baharu bagi keempat-empat buah lebuh raya:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak…
Berita Domestik
Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat…