Kadar jualan kenderaan September 2020 meningkat - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut data penjualan kenderaan bagi bulan September 2020, secara keseluruhannya industri automotif mencatatkan kenaikan kadar jualan sebanyak 56,444 unit, atau 7 peratus berbanding Ogos 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan prestasi jualan pada tahun lalu, September 2020 mencatatkan angka jualan yang lebih tinggi melebih 11,778 unit, atau  26 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama 2019.

Peningkatan kadar jualan ini adalah disebabkan promosi besar-besaran yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat pengeluar, ditambah pula dengan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan CKD dan CBU, masing-masing 100 peratus dan 50 peratus.

Dari segi angka pengeluaran pula, jumlah kenderaan yang dipasang pada September 2020 adalah sebanyak 51,987 unit untuk kedua-dua segmen kenderaan penumpang dan komersial.

Pun begitu, pihak MAA menganggarkan kadar jualan untuk bulan Oktober 2020 lebih rendah berbanding September 2020 disebabkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan juga Sabah.

Selain daripada itu, tempoh moratorium yang turut tamat pada 30 September 2020 juga turut dijangka menyumbang kepada jumlah jualan yang lebih rendah untuk bulan ini.