Kadar jualan kenderaan Februari 2020 menurun - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut data penjualan kenderaan bagi bulan Februari 2020, secara keseluruhannya industri automotif mencatatkan penurunan kadar jualan sebanyak 2,249 unit, atau peratusan 5.3 peratus berbanding Januari 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penurunan ini adalah disebabkan penangguhan pelancaran beberapa unit model baharu yang telah dirancang, selain impak negatif yang disebabkan oleh COVID-19 terhadap sentimen para pelanggan.

Jika dibandingkan dengan prestasi pada tahun lalu, Februari 2020 berjaya mencatatkan unit jualan melebihi 590 unit, atau 1.5 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2019.

Namun begitu, dari segi pengeluaran tempatan, jumlah kenderaan yang dipasang pada bulan Februari 2020 ialah sebanyak 40,371 unit, bertambah dari 39,918 unit yang dipasang dalam bulan yang sama tahun lalu.

Pihak MAA turut mengaggarkan prestasi jualan kenderaan bagi bulan Mac 2020 lebih rendah berbanding bulan Februari disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…
Berita Domestik
PROTON menjadi satu-satunya jenama automotif yang mencatat prestasi jualan yang lebih baik…
Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…