Kadar jenayah tinggi - permintaan terhadap kenderaan kalis peluru meningkat

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah kadar jenayah yang semakin meningkat di Mexico pada ketika ini telah menyebabkan peningkatan jumlah permintaan terhadap kenderaan berperisai di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Rekod tahun lepas menyaksikan sejumlah 25,000 kes pembunuhan telah dicatatakan di Mexico, dan jumlah tersebut dijangka meningkat pada tahun ini. 

Menurut data yang dikeluarkan oleh Mexican Automotice Armor Association, terdapat peningkatan sebanyak 10% kepada 3,284 unit perkhidmatan kenderaan berperisai, meningkat dengan mendadak berbanding data pada enam tahun yang lalu. 
 


Melihatkan kepada peningkatan permintaan tersebut, syarikat pengeluar seperti Audi telah mula menawarkan Q5 versi kalis peluru yang dijual kepada umum pada harga $87,000 (RM351k++). 

Manakala versi aftermarket pula menjangkakan Q5 kalis peluru dijual pada harga melebihi $95,000 (RM383k++) dan jaminan yang tidak ditanggung oleh pihak pengeluar asal. 

Menurut pemilik syarikat keselamatan Arturo Avila berkata, beliau kini bertukar kereta setiap dua tahun selepas mengalami trauma dirompak oleh penjenayah beberapa kali. 

"Antara jenayah yang paling digeruni ialah penculikan," ujar beliau. 

Tahun lepas, Mexico berada di tangga kedua di dalam kategori negara yang paling berbahaya untuk diduduki berdasarkan data yang dikeluarkan oleh International Institute for Strategic Studies.

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, tempahan bagi model off-road klasik itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan…
Berita Global
Salah satu calon yang boleh anda pertimbangkan, sebuah LAPV (kenderaan peronda ringan berperisai)…
Berita Global
Menurut laporan, satu kolaborasi antara Mildef dan syarikat tempatan di Timor Leste, Golden Dragon…