Kad Combi - mudahkan urusan bayar tol, tambang pengangkutan awam di Malaysia & Singapura

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Touch 'N Go Sdn Bhd dan EZ-Link Pte Ltd (Singapura) mengumumkan kerjasama dengan memperkenalkan kad akses pengangkutan awam dwi-matawang yang boleh digunakan di Malaysia dan Singapura. 

Kad e-dompet Combi dijangka akan mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Ia membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di kedua-dua negara jiran tersebut tanpa perlu menukar kad akses yang berasingan. 

Kad Combi ini juga boleh digunakan untuk membayar tol lebuhraya Malaysia dan ERP di Singapura dan bakal diperluaskan lagi penggunaannya untuk kawasan parkir dan bayaran runcit di pusat membeli belah. 

Sama-sama kita nantikan maklumat selanjutnya daripada kedua-dua penyedia perkhidmatan ini kelak.

Sumber: The Star