Kaboom Karnival 2023 oleh PEPA himpunkan ratusan trak pikap dan motosikal

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Tanjung Harapan, Klang dari 4 hingga 6 Ogos lepas, acara KABOOM KARNIVAL 2023 telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 kenderaan pacuan empat roda dan trak pikap serta 500 motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang menggabungkan aktiviti permotoran, peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan anjuran kali ketiga oleh Pertubuhan Penggerak Alam (PEPA) selepas diadakan di Shah Alam dan Klang pada Februari dan Jun lalu.

 

2

 

Antara aktiviti menarik pada edisi ketiga itu ialah pelantikan kelab-kelab permotoran untuk menjadi sukarelawan yang dikenali sebagai Wira PEPA dengan penyerahan plak dan vest.

Karnival kali ini menampilkan lebih 400 kenderaan pacuan empat roda dan trak pikap dari pelbagai kelab yang memeriahkan suasana acara.

 

3

 

Bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli, pelbagai aktiviti menarik turut dilakukan termasuk pertandingan memancing, sukaneka, permainan merebut kerusi dan banyak lagi.

Selain kenderaan empat roda, karnival itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 500 buah motosikal untuk Himpunan Pejuang Rider daripada 100 kelab.

 

4

 

Himpunan motosikal itu turut menampilkan aktiviti Autoshow dengan pelbagai kategori dipertandingkan seperti Best Supporters Club, Best Of The Best, Best VVIP, Best Sport Rim, Best Restore, Best Tayar Besar Style, Best Tayar Kecil Style, Best Scooter Rangi, Best Colour & Sticker Custom dan banyak lagi.

PEPA juga membuka keahlian kepada pengunjung KABOOM KARNIVAL untuk menyertai Wira PEPA bagi tujuan membantu aktiviti komuniti setempat selain bencana seperti banjir atau tanah runtuh.

 

5

 

KABOOM KARNIVAL edisi ke-4 bakal diadakan tidak lama di Kelana Jaya yang menyajikan aktiviti-aktiviti lebih menarik, program permotoran serta penawaran ruang niaga kepada PKS dan vendor serta aktiviti sukarelawan.

KABOOM KARNIVAL mengalu-alukan kesemua vendor-vendor serta PKS yang ingin menyertai acara itu, dan boleh menghubungi PEPA di talian 018-967 8980.

 

6

 

Kelab-kelab permotoran yang berminat menyertai KABOOM KARNIVAL pada masa akan datang juga boleh hubungi Puan Liza di talian 0125028292 atau emel [email protected].