Jutawan India beli Phantom Gold Chrome untuk dijadikan sebagai teksi

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kami faham dunia sedang mengenakan sekatan terhadap penerbangan disebabkan wabak COVID-19, simpan dulu artikel ini sebagai panduan sekiranya anda berpeluang untuk melawat Kerala, India satu hari nanti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana di sana, seorang jutawan dengan murah hatinya membeli sebuah Rolls-Royce Phantom untuk dijadikan sebagai perkhidmatan teksi, dan bakal memalukan perkhidmatan teksi-teksi sedia ada. 

Bobby Chemmanur, seorang jutawan telah memberikan warna yang istimewa terhadap teksi Phantom ini dengan balutan Gold Chrome. 

Menurut laporan Sputnik News, teksi Phantom ini bakal digunakan untuk mengangkut pelancong yang mahu melawat resortnya di Kerala dengan harga yang tidak memeningkan kepala. 
 


Untuk menikmati perjalanan yang istimewa di dalam teksi Phantom, anda  hanya perlu menempah percutian selama tiga hari dua malam dengan harga yang cukup menarik, iaitu sekitar $345 atau RM1,439 sahaja. 

Lebih menarik, Chemmanur mendapatkan Phantom generasi ketujuh ini menerusi acara lelongan dengan harga yang lebih murah, dan tidak merancang untuk mengutip keuntungan daripada teksi Phantom ini. 

Sumber: Sputnik News

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
  Enjin itu dipadan bersama transmisi manual empat kelajuan dan boleh dipecut melebihi 128…