Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 77 (2) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 kerana melanggar kaedah-kaedah udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam.
Mengikut Direktif Penerbangan Awam 2, tertuduh telah melanggar pelan penerbangan apabila membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 nombor pendaftaran 9M RCI di lokasi selain aerodrom.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah peraturan tersebut dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM50,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Jane Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 29 Jun depan
Sebelum ini tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya Ipoh.
JURUTERBANG yang terlibat dalam pendaratan helikopter di Padang Ipoh tanpa kebenaran untuk mengambil bungkusan ‘nasi ganja’ Julai tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini kerana tidak mematuhi pelan penerbangan.
Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe Chekku, 53 tahun yang juga pengarah urusan sebuah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe Chekku, 53 tahun yang juga pengarah urusan sebuah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.