Memetik dua sumber yang tidak bernama, Reuters melaporkan Renault telah pun menghantar ketua jurutera, Gilles Le Borgne untuk berjumpa Tsuyoshi Yamaguchi, timbalan presiden Pembangunan Teknologi Renault-Nissan Alliance.
Kedua-dua ketua jurutera daripada Renault dan Nissan tersebut akan berbincang untuk memfokuskan kepada elektrifikasi trenkuasa - termasuklah sistem hibrid untuk kenderaan generasi akan datang.
Sebelum ini, isu tersebut tidak begitu diendahkan memandangkan ketiga-tiga pihak (Renault, Nissan dan Mitsubishi) mempunyai teknologi tersendiri dan tidak digabungkan secara efektif.
Nissan dikatakan akan menggunakan teknologi E-Tech Renault pada SUV Juke baharu, manakala Renault pula akan menggunakan sistem e-Power Nissan untuk dilengkapkan pada model Kadjar.
Mitsubishi pula dalam satu perkembangan masih kekal dengan teknologi plug-in hybrid yang dibangunkan sendiri untuk digunakan pada Outlander.
Sumber: Reuters