Jurutera muda bunuh diri, Toyota janji mahu kurangkan kes buli di tempat kerja

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar automotif Jepun, Toyota Motor Corp baru-baru ini berjanji akan berusaha untuk mengurangkan kes buli di tempat kerja untuk memastikan keselamatan serta kesihatan mental para pekerjanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan seorang jurutera muda berusia 28 tahun yang dilaporkan telah membunuh dirinya pada tahun 2017 akibat kerap diganggu oleh ketuanya.

Dalam kes ini, jurutera muda itu kerap mengadu diganggu dan diejek oleh ketuanya yang merujuk kepada latar belakang pendidikan beliau yang memiliki kelulusan daripada University of Tokyo, akan tetapi mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada universiti yang tidak ternama.

Jurutera yang menyertai Toyota pada tahun 2015 itu memberitahu rakan-rakannya yang beliau sanggup mati daripada menanggung tekanan yang berterusan.

Pada tahun 2016, beliau diberitakan mengambil cuti rehat atas alasan tekanan mental. Namun rekod menunjukkan apabila kembali bekerja, Toyota meletakkannya di seksyen yang berbeza akan tetapi masih lagi berada di pejabat yang sama dengan bekas ketuanya.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian berkaitan kerja pada tahun 2019 dan membolehkan ahli keluarganya menerima pampasan daripada Toyota.

 

gambar hiasan


Untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang, Toyota akan berusaha untuk meningkatkan penjagaan kesihatan para pekerjanya, menilai aspek pengurusan dengan lebih baik, memberikan pendidikan dan menggalakkan budaya tempat kerja di mana semua orang boleh menyuarakan pendapat masing-masing, menurut Toyota dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Menurut peguam kepada ahli keluarga mangsa, Yoshihide Tachino menjelaskan, Toyota perlu bertanggungjawab terhadap segala salah urus yang membenarkan gangguan tersebut berterusan.

Jumlah pampasan yang diterima oleh ahli keluarga mangsa walaubagaimanapun tidak dinyatakan.

Tachino turut memberitahu, walaupun presiden Toyota Akio Toyoda sudah pun berjumpa sendiri dengan ahli keluarga si mati dan berjanji akan membawakan perubahan, syarikat itu perlu dipantau untuk memastikan berlakunya perubahan budaya di tempat kerja yang sihat.

Kes berkaitan masalah di tempat kerja termasuklah gangguan seksual meningkat sebanyak 88,000 kes dalam tempoh satu tahun, lebih daripada tiga kali ganda berbanding 15 tahun yang lalu.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19…
Informasi
  1. Elon Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Afrika Selatan. Ayahnya adalah warga…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, '…