Jurufoto Kelantan juara Pertandingan Foto Motosikal ASEAN!

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar Pok Su yang sedang gembira memungut hasil dusun durian beliau di Kelantan dan bertemankan motosikal kapcai menjadi juara pertandingan fotografi motosikal di peringkat Asean.

Anjuran Federation of Asian Motorcycle Industries (FAMI), badan rasmi gabungan semua pemain industri motosikal di Asia, pertandingan fotografi untuk tahun 2019 itu menerima ribuan penyertaan dari negara-negara Asean.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diambil oleh Mohd Samsi Sumairi, 52, dari Kelantan itu dipilih oleh juri-juri dari semua negara-negara terbabit.

Sebelum itu, gambar Samsi telah dipilih sebagai juara untuk pertandingan yang sama di peringkat nasional, anjuran Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) dan memenangi hadiah wang tunai RM4,000.

Acara penjurian dan anugerah untuk peringkat Malaysia itu dilakukan bulan Ogos lalu dan Careta adalah antara juri yang turut membuat pilihan.

Nampaknya juri-juri dari negara lain juga bersetuju dengan kekuatan impak gambar Pok Su oleh Samsi ini dan ia menjadi juara keseluruhan untuk Pertandingan Fotografi FAMI ASEAN.

 

Samsi menerima hadiah sejumlah SG$4,000 untuk kemenangan beliau itu.

Syabas dan tahniah diucapkan. 

Careta berharap agar MASAAM akan membuka pertandingan ini kepada semua warga Malaysia dengan cara mengumumkannya melalui media masa dengan lebih awal lagi.

Careta yakin Malaysia tidak ketandusan jurufoto-jurufoto hebat yang mampu menggabungkan elemen fotografi dan motosikal.

Di bawah ialah gambar Samsi yang dinobatkan sebagai juara seluruh Asean.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara inisiatif yang ditawarkan termasuklah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai…
Berita Domestik
Insentif bebas duti eksais itu diberikan untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) dengan kapasiti…
Berita Domestik
"Malah, ada yang pernah menaikan harga untuk warna popular bagi motosikal. Ia pernah berlaku dan…