Jumlah motosikal tahun 2022 naik mendadak berbanding 2021 - Pengerusi MMSDA

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal Dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Wee Hong memaklumkan jumlah jualan motosikal untuk tahun 2022 adalah sekitar 718 ribu unit, atau peningkatan sebanyak 218 ribu berbanding tahun 2021 (500 ribu unit).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Punca kenaikan mendadak itu adalah disebabkan oleh langkah kerajaan terdahulu yang membenarkan pengeluaran khas duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang dibuat pada tahun lalu, diikuti dengan bantuan kewangan lain yang diberikan kepada golongan masyarakat B40.

 

ADV


Tahun 2022 turut menyaksikan pendaftaran tertinggi motosikal baharu mencecah sehingga 80 ribu unit pada bulan Mac, di mana secara purata angka jualan motosikal baru adalah sekitar 60 ribu unit.

Untuk tahun 2023, pihak MMSDA mengunjurkan penurunan angka jualan sebanyak 10 peratus disebabkan oleh keadaan ekonomi yang diramalkan tidak menentu pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…
Berita Global
Jumlah jualan untuk tempoh Januari-Oktober tahun ini mencecah angka 87,422 unit, peningkatan 9.1…