Jumlah keseluruhan industri (TIV) dijangka cecah 630,000 unit jika pengecualian SST dilanjutkan

oleh SALINA JALIL|
RAM Ratings Services Bhd mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif pada 2022 berupaya meningkat sehingga kira-kira 630,000 unit jika pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilanjutkan.

Pengecualian SST akan berakhir pada 30 Jun 2022.

Pakar penarafan RAM Ratings, Ben Inn berharap kerajaan akan melanjutkan pengecualian SST yang dijangka meneruskan struktur semasanya atau pada kadar yang direndahkan seperti 50 peratus, 25 peratus dan sifar peratus.

Beliau berkata kemerosotan permintaan dijangka berlaku selepas pengecualian SST berakhir, selain penurunan jualan yang ketara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Bagaimanapun, TIV bagi separuh kedua tahun ini akan disokong dengan pelancaran model terkenal baharu seperti penggantian Perodua Alza, Honda HR-V, Toyota Vios, serta sejumlah model yang kurang terkenal," katanya dalam webinar bertajuk 'RAM Insight Series: Malaysian Automotive Sector - Has the Worst Passed and What's Next?' hari ini.

Selain itu, beliau berkata jualan dijangka masih disokong oleh tempahan yang dibuat pada separuh pertama berikutan tempahan baharu yang mencatatkan peningkatan ketika promosi akhir tahun.

 

"Kami berpendapat kemerosotan permintaan menjadi lebih buruk untuk kereta berharga di bawah RM100,000, manakala segmen premium kurang terjejas kerana segmen ini menikmati bebas cukai untuk kenderaan elektrik walaupun banyak model mempunyai (bekalan) terhad," katanya.

 

Beliau berkata harga kereta dijangka terus meningkat dan tidak dapat dielakkan akibat kos bahan mentah, alat ganti dan logistik yang lebih tinggi, serta kelemahan ringgit.

 

"Permintaan kereta daripada pengguna akan turut terjejas akibat inflasi yang lebih tinggi, kebimbangan mengenai ekonomi, pembiayaan yang lebih ketat dan kos pemilikan kereta yang meningkat susulan kenaikan kadar faedah dan rasionalisasi subsidi bahan mentah.

 

"Dengan mempertimbangkan semua aspek, kami percaya TIV berjumlah 600,000 unit pada 2022 adalah munasabah, bagaimanapun (ia) bergantung kepada adanya alat ganti yang penting dan pekerja asing," katanya.

 

Pada awal Januari lepas, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan pertumbuhan TIV sebanyak 17.9 peratus kepada 600,000 unit pada tahun ini berbanding 508,911 unit pada 2021.

 

Mengenai prospek pada tahun depan, beliau berkata, TIV pada 2023 akan berkurangan sehingga lima peratus tahun ke tahun, dijejaskan oleh kenaikan kos pemilikan kereta dan kos sara hidup serta pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu.

 

"Beberapa cabaran yang berlaku sejak 2022 dijangka berterusan sehingga 2023 seperti kenaikan harga kereta, pembiayaan yang dijangka lebih ketat, peningkatan kos hidup, kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi, kelembapan ringgit dan kos pemilikan kereta yang lebih tinggi," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…
Berita Domestik
"Berikutan pengukuhan tempahan tertunggak industri dan seiring dengan semakan menaik syarikat pada…