Jumlah kematian penunggang motosikal meningkat - bekas Duta Jepun lahirkan kebimbangan

oleh Mohamad Hanif|
Kadar kematian yang amat tinggi melibatkan penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya di Malaysia telah menimbulkan rasa kebimbangan kepada bekas Duta Jepun ke Malaysia.
Modenas

Menurut Dr. Makio Miyagawa, bekas Duta Jepun ke Malaysia berkata, "saya berasa amat bimbang dengan masa hadapan golongan muda ini.

Sepanjang tempoh berada di Malaysia, beliau menyaksikan budaya menunggang motosikal dan sikap tidak peduli golongan ini hingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri.

“Kita perlu memberitahu kepada belia yang mempertaruhkan nyawa mereka sekadar untuk berseronok bahawa mereka sebenarnya menggali kubur sendiri tanpa menghiraukan perasaan ibu bapa yang telah melahirkan mereka ke dunia ini.
 


"Di Jepun, kami diberitahu bahawa dari rambut hingga ke kulit, seseorang itu diberi semua yang ada di seluruh badannya oleh ibu bapa. Jangan sesekali mencederakan diri kerana ia adalah asas bagi menghormati ibu bapa,” katanya kepada Bernama di sini semasa percutian seminggu bersama keluarganya awal minggu ini.

Dan menyelami perasaan itu dengan pemikiran yang lebih berfalsafah, beliau berkata: “Mereka juga tidak memikirkan langsung mengenai bagaimana trauma ibu yang mengandungkan mereka selama sembilan bulan dan traumanya untuk melahirkan mereka”.

Miyagawa berkata, sepatutnya golongan remaja perlu menghindarkan rasa takut, menjadi berani dan melepasi sempadan bagi membuktikan peningkatan kemanusiaan, kerana ia boleh memperkasakan mereka serta menjadikan masyarakat dan negara ini lebih maju dan sejahtera.

"Bagaimanapun, untuk mensia-siakan nyawa yang diberi kepada mereka bagi sesuatu yang tidak produktif dan membahayakan nyawa ramai orang lain dalam masyarakat adalah lebih baik dituduh dan tidak akan pernah dihargai.

Sumber: Bernama

Add new comment