Pusingan kelayakan yang telah diadakan semenjak 13 Mei tempoh hari telah pun berakhir baru-baru ini, di mana Malaysia yang diwakili oleh Taj Aiman telah berjaya menduduki tangga keempat di peringkat Asia.
Dengan catatan masa sekitar 1 minit 55.437 saat bertempat di Tokyo Expressway South Inner Loop, ia sekaligus meletakkan Taj Aiman di kedudukan yang ke-54 di peringkat global, tidak begitu jauh di belakang catatan masa terpantas yang diperoleh pelumba Itali Valerio Gallo (1 minit 55.046).
Bekas juara MSF CyberTurismo itu bakal mara ke peringkat akhir bersama-sama 15 orang pelumba yang lain untuk merebut pingat emas Olympic Virtual Series yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.
Selain daripada perlumbaan simulasi, beberapa sukan maya lain turut diiktiraf di bawah Olympic Virtual Series seperti besbol, sukan berbasikal, sukan mendayung dan pelayaran.
Olympic Virtual Series merupakan kerjasama di antara International Olympic Committee, International Sports Federations dan penerbit permainan video bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Paultan