Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel umum bersara akhir musim 2022

oleh Mohamad Hanif|
Juara dunia F1 empat kali, Sebastian Vettel dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan persaraan daripada sukan tersebut pada akhir musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba berusia 35 tahun dari Jerman itu sebelum ini pernah berlumba untuk pasukan BMW Sauber, Torro Rosso, Red Bull, Ferrari sebelum mengendalikan jentera Aston Martin.

Beliau menyebut, keputusan untuk meninggalkan dunia F1 adalah untuk memberikan ruang untuk menghabiskan masa bersama keluarganya.

Jelasnya, tatkala F1 telah menjadi fokus di dalam hidupnya untuk tempoh yang lama, menjadi seorang pelumba bukan sahaja identiti beliau, memandangkan Vettel juga 'seorang bapa kepada tiga anak dan suami kepada seorang isteri yang bagus'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, unit Nissan GT-R R35 ini dikatakan sedang mencari pemilik baharu berdasarkan senarai…
Sukan Bermotor
Aston Martin mengesahkan berita tersebut dengan menjelaskan pelumba Alpine itu telah menandatangani…
Berita Global
"Saya amat terkejut apabila mendengar berita (serangan) tersebut. "Amat mengerikan untuk melihat…