Juara carta trak pikap diesel paling berkuasa Malaysia!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Trak pikap ialah jentera kerja yang digunakan untuk mengangkat muatan dan juga untuk dipandu jauh.

Gabungan unik kedua fungsi itu menjadikan trak pikap moden cukup berlainan dari model genre itu 20 tahun yang lalu.

 

2

 

Malah, dalam masa kurang satu dekad, perubahan pada trak pikap sudah nampak jelas ketara, terutama dari segi harga dan kelengkapan.

Namun begitu, tenaga dan daya kilas masih menjadi antara pengukur penting, terutama bagi mereka yang menggunakannya untuk fungsi kerja.

 

4

 

Daya kilas lebih diberikan fokus kerana ia adalah sukatan kuasa yang diperlukan untuk menarik beban berat.

Enjin diesel pula lebih ekonomikal, di mana ia lebih sesuai untuk pekerjaan dan bukan riadah.

Di bawah ialah senarai trak pikap diesel (varian tertinggi dari setiap jenama) yang ada dijual di Malaysia.

 

Model

Kuasa Maksimum (PS)

Tork Maksimum (Nm)

Toyota Hilux 2.8L GR Sport

224

550

Isuzu D-Max 1.9L

150

350

Maxus T60 2.8L

136

360

Mitsubishi Triton 2.4L

204

470

Nissan Navara 2.5L

190

450

Ford Ranger Raptor 2.0L BiTurbo

210

500

GWM Canon 2.0L

163

400

Peugeot LandTrek 1.9L

150

350

 

Dari senarai itu, Toyota Hilux GR Sport nyata adalah trak pikap diesel paling berkuasa dalam negara.

Selain dari itu, kelengkapan yang diberikan juga menarik. Antaranya ialah sistem gantungan dengan monotube GR-Sport untuk pengendalian yang lebih mantap.

 

5

 

Ciri-ciri GR Sport diteruskan di dalam kabin dengan panel meter Optitron dan tempat duduk GR yang sporti.

Pada harga RM173,280 ia juga bukan trak pikap termahal dan ini memberikan anda nilai belian yang lebih baik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model itu mula dibuka untuk tempahan pada 20 Julai lalu sebelum pelancaran rasminya, dengan tiga…
Berita Global
Pasukan penyelamat, polis dan petugas kecemasan yang tiba di lokasi menemukan ramai mangsa…
Berita Domestik
Katanya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan subsidi diesel kepada pemilik kenderaan…