Jualan turun mendadak, McLaren mahu buang 1,200 orang pekerja

oleh Mohamad Hanif|
Kesan yang ditimbulkan oleh wabak pandemik COVID-19 ternyata memberikan impak yang lebih mendalam terhadap pengeluar kereta niche seperti McLaren.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar supercar tersebut mengalami penurunan kadar penjualan yang sangat ketara, dimana McLaren hanya mampu menjual sebanyak 307 unit kenderaan sahaja, berbanding 953 unit untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.

Malah, pendapatan kumpulan tersebut turut menurun daripada $348 juta (RM1.5 billion) kepada $134 juta (RM584 juta) bagi suku pertama tahun 2020.

Angka tersebut diramalkan terus menurun untuk suku kedua, namun terdapat petanda peningkatan semula angka jualan dikesan terutama di China kesan daripada pengurangan sekatan yang dikenakan sebelum ini.

 


Namun, ia tidak dapat menafikan kedudukan terkini McLaren yang sebelum ini dilaporkan merancang untuk melaksanakan pelan penstrukturan semula yang bakal menyaksikan 1,200 orang bakal kehilangan mata pencarian disebabkan krisis yang melanda.

Pasukan Formula One juga tidak terkecuali apabila difahamkan seramai 70 orang daripada 800 orang pekerja bakal terjejas bagi memenuhi syarat bajet Formula One berjumlah $145 juta (RM632 juta) yang akan dilaksanakan menjelang tahun hadapan.

Sementara itu, perlumbaan Formula One dijangka akan berlangsung pada bulan Julai ini dengan pengurangan jumlah pusingan sebanyak 15-18 grand prix berbanding jumlah asal 22 pusingan yang telah dirancang sebelum ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…