Jualan trak pikap D-Max baharu meningkat!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak generasi baharu trak pikap Isuzu D-Max dilancarkan, angka jualan bagi model tersebut melonjak pada kadar 100 peratus, selari dengan fenomena global yang menyaksikan kenaikan ketara permintaan terhadap trak pikap baharu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, "fenomena D-Max serba baharu yang melanda beberapa pasaran dunia adalah sesuatu yang membanggakan. Dengan rekaan menarik, tambahan ciri baharu dan ciri yang dipertingkatkan, serta reputasi Isuzu yang sudah terbukti menyumbang kepada peningkatan keyakinan pelanggan untuk beralih atau naik taraf kepada model D-Max terbaharu ini.

Semenjak dilancarkan pada April lalu, purata tempahan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit bagi model terbaharu, berbanding purata bulanan sebelum ini sekitar 500 unit sahaja.

Corak yang sama turut dikongsi bersama pasaran lain seperti Australia, New Zealand, dan Thailand yang menyaksikan pertumbuhan jualan yang semakin tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, varian 1.9 liter Premium (auto) menjadi pilihan 36 peratus pembeli dengan kapasiti enjin yang paling rendah, namun tetap mampu memberikan prestasi yang memberangsangkan, di samping ramai yang ingin memanfaatkan kadar cukai jualan yang lebih rendah.

 


Daripada jumlah tersebut, 61 peratus daripadanya adalah dari Semenanjung, di mana ia secara langsung mengubah corak tradisional di mana sebahagian besar tersebut biasanya disumbangkan oleh pasaran Malaysia Timur.

Selain daripada itu, model bertaraf mercu terbaharu, X-Terrain menguasai 17 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan memandangkan ada pelanggan yang mahu memanfaatkan kelebihan yang ada seperti Advanced Driving Assistance Systems (ADAS), ciri keselesaan, rekaan yang sporti, serta pengendalian yang cekap di atas jalan berturap mahupun off-road.

Sebanyak 81 peratus daripada pembeli baharu mengakui tujuan pembelian D-Max untuk digunakan sebagai kenderaan kerja dan santai, sekaligus membuktikan D-Max kini sudah berjaya menjadi sebuah model kenderaan yang mampu memenuhi segmen gaya hidup dalam pasaran tempatan.