Jualan Toyota Yaris Ativ dihentikan di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota Motor Corporation dilaporkan telah menghentikan penghantaran dan jualan untuk Toyota Yaris Ativ di Thailand berikutan isu pemalsuan data ujian keselamatan oleh Daihatsu pada 28 April lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam sidang media di Bangkok, Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Asia, Masahiko Maeda berkata bahawa masalah itu mungkin berlaku berikutan tekanan terhadap Daihatsu untuk memendekkan masa pembangunan Yaris Ativ.

Beliau turut menambah bahawa model tersebut yang digunakan pelanggan ketika ini adalah selamat.

 

2

 

Toyota sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand untuk menyambung semula jualan model itu, yang telah dihasilkan di kilang Toyota Gateway di wilayah Chachoengsao, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Masahiko Maeda berkata, "Sekiranya pembangunan dijalankan dalam keadaan yang sesuai, masalah seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku,"

"Saya fikir hakikat bahawa ia masih berlaku, bermakna terdapat beberapa jenis tekanan di tapak pembangunan."

Bulan lalu, Toyota dan Daihatsu dilaporkan telah menyiasat bagaimana bahagian pintu dalam ujian keselamatan perlanggaran sisi yang dijalankan untuk kira-kira 88,000 kereta kecil telah ditukar untuk tujuan ujian keselamatan kemalangan sisi.

3

Toyota Motor Corp memberitahu bahawa kemasan pintu pada kenderaan terjejas telah diubah suai dengan "notch" untuk meminimumkan risiko dalam ujian.

Perkara itu menyebabkan bahagian dalam pintu boleh pecah dengan tepi tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

Daihatsu berkata kira-kira 76,000 daripada kenderaan itu adalah Yaris Ativ yang kebanyakannya dihantar ke Thailand, Mexico dan Gulf Cooperation Council.

Di Malaysia, Yaris Ativ atau dikenali sebagai Vios 2023 dilaporkan selamat untuk digunakan dan memenuhi pensijilan UN-R95, dimana jualannya tidak akan dihentikan.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di negara jiran, Toyota Motor Thailand telah melancarkan versi facelift ringan untuk Toyota Yaris…
Berita Global
Generasi ke-12 Toyota Corolla itu seperti mana yang kita maklum menggunapakai pelantar daripada…