Jualan Tesla turun 15% di California

oleh HEZERI SAMSURI|
Imej hasil teknologi AI.
California ialah negeri yang paling cepat bertukar kepada EV di US dan nampaknya pengguna di sana masih terus berkempen untuk memulaukan produk Tesla.

Ia menyebabkan penjualan Tesla untuk suku pertama tahun ini menurun sebanyak 15 peratus, menjadikan Tesla bukan lagi jenama EV nombor satu di negeri tersebut.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pasaran EV dari Honda, Ford dan General Motors pula dilihat semakin meningkat, dan jualan EV di seluruh California juga meningkat sebanyak 7.3 peratus untuk tiga bulan pertama 2025.

Menurut Persatuan Pengedar Kenderaan Baharu California (CNCDA), antara punca kemerosotan Tesla ialah barisan produk yang kekal lama dan juga sentimen "anti-Elon" akibat kecenderungan politik beliau.

Menurut Reuters, jualan di California mewakili hampir satu pertiga dari jualan keseluruhan Tesla di US.

Model Y kekal EV paling popular dalam carta jualan EV di California, tetapi ia menunjukan penurunan sebanyak 30 peratus berbanding prestasi model itu tahun lalu.

Namun begitu, Tesla memberikan alasan bahawa proses penukaran peralatan di kilang Tesla untuk menghasilkan Model Y terkini ialah punca kenapa jualannya merosot.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan rasmi, Tscherning menjelaskan bahawa mereka tidak mahu jenama syarikat mereka…
Berita Domestik
Tawaran Istimewa untuk Pelanggan Bagi mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan elektrik Tesla…
Informasi
📉 Susut Nilai Mengejutkan Berdasarkan data dari iSeeCars, harga purata Cybertruck di pasaran…