Jualan runtuh pertengahan tahun istimewa di Naza AutoMall! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Naza, antara penjual kenderaan import terpakai yang paling popular di dalam negara bakal mengadakan jualan khas pertengahan tahun untuk menghabiskan stok terpilih. 
 
Jualan tersebut bakal dilakukan pada hujung minggu ini, 15 dan 16 Jun (Sabtu dan Ahad) dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang di bangunan Naza AutoMall, Petaling Jaya.

Menurut pihak Naza Motor, anak syarikat Kumpulan Naza, cuma ada 40 unit yang bakal dijual dengan tawaran istimewa.

Kesemua 40 unit itu terdiri dari model-model Mercedes-Benz, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Lexus dan pelbagai jenama mewah yang lain.

Jumlahnya sangat terhad, cuma 40 unit sahaja dan ia bukanlah dari stok yang tidak baik atau sudah lama.

Tetapi tawaran terhad dua hari ini dipilih khas bagi tujuan rumah terbuka bersama Naza Gaya Raya untuk meraikan pelanggan yang hadir. 

 

 

Careta yang turun padang untuk melihat beberapa unit dari stok tersebut sangat berpuas hati dengan keadaan kenderaan-kenderaan itu dan harganya yang sangat menarik.

Pelbagai varian Vellfire dan Alphard ada untuk pilihan ramai, dan Naza Motor seperti biasa hanya memilih kenderaan-kenderaan gred A untuk dibawa masuk.

Antara yang menarik perhatian Careta ialah:

  • Toyota Vellfire ZG bermula dari harga RM22X,XXX
  • Toyota Alphard SA bermula dari harga RM20X,XXX
  • Mercedes-Benz E250 dari harga RM17X,XXX
  • Mercedes-Benz CLS400 AMG Line dari harga RM31X,XXX
  • Lexus NX200T dengan enjin turbo, dari harga RM20X,XXX

 

 

Acara hujung minggu itu yang juga dikenali sebagai Rumah Terbuka Naza Gaya Raya dan Jualan Penghabisan Stok terpilih Pertengahan Tahun. Naza turut menjemput seluruh keluarga untuk hadir dan menikmati makanan yang dihidangkan secara percuma.

Sambil menjamu selera, orang ramai dijemput untuk melihat lebih dari 100 unit kenderaan yang ada di Naza AutoMall, termasuk unit-unit supercar seperti Lamborghini LP 740, BMW GTS dan super SUV berjenama yang sangat jarang ditemui di mana-mana. 

Jadi jika anda tidak ke mana-mana, sambutlah Hari Raya AidilFitri di majlis Rumah Terbuka bersama Naza Gaya Raya pada Sabtu dan Ahad ini, dari jam 10 pagi sehingga 6:30 petang.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Bermula dari 15 sehingga 30 September 2018, NW Motors menawarkan pakej pembelian menarik…
Berita Domestik
  Tawaran ini turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had pembatuan, lima kali…
Berita Domestik
  Menurut Gianluca Fiume, Pengerusi dan Pengarah Besar Piaggio Vietnam dan juga Naib presiden…