Jualan Rolls-Royce meningkat 8% pada 2022 , cecah angka jualan 6 ribu unit kereta setahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pengeluar kereta jenama mewah, Rolls-Royce baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah mencipta sejarah baharu setelah 118 tahun ditubuhkan dimana angka jualan melebihi 6 ribu unit setahun buat pertama kalinya.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös, Rolls-Royce telah merekodkan jualan 6,021 unit kereta kepada pelanggannya di lebih 50 negara, dengan mencatat 8 % peningkatan berbanding tahun 2021.

Jualan Rolls-Royce telah meningkat di hampir semua benua terutama pasaran US, China dan Eropah telah menyumbang kebanyakan angka jualan, sementara pembeli untuk pasaran Asia Tenggara semakin meningkat dikalangan orang muda.

 

RR

 

Semua tempahan model Rolls-Royce juga memenuhi sasaran mereka sehingga tahun 2023, di samping tempahan bagi model EV mereka, Spectre yang melebihi jangkaannya.

Semua rekod yang diperoleh syarikat kereta mewah itu bertepatan dengan ulang tahun ke-20 produksi mereka di Home of Rolls-Royce, Goodwood.

Selain pencapaian angka jualan baharu itu, tahun 2022 juga telah menyaksikan penambahan 150 kerja baharu di Home of Rolls-Royce, dimana jumlahnya kini mencapai 2,500 pekerja yang diwakili lebih 50 warga negara lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Spectre Lunaflair   Rolls-Royce Spectre Lunaflair diilhamkan dari fenomena halo atau cahaya…
Berita Global
Pembukaan Private Office Seoul menandakan rangkaian keempatnya di luar Goodwood, bermula di Dubai…
Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…