Jualan Proton ke luar negara meningkat kepada 669 unit bagi bulan Mei

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan domestik Proton mungkin menurun kepada 9,440 unit untuk bulan Mei 2021 tetapi jumlah eksport meningkat menjadi 669 unit.

Menurut siaran media Proton, penurunan sebanyak 37.1 peratus berpunca dari masalah mikrocip yang melanda satu dunia dan juga PKP yang masih berlangsung.

Walaupun jumlah eksport Proton itu tidak sampai 700 unit, ia sudah menghampiri jumlah eksport keseluruhan Proton untuk tahun 2020. Model yang dieksport ialah Proton Saga, Proton X50 dan Proton X70.

Pada pendapat Careta, sudah tiba masanya Geely menunjukan kepakaran dan kebijaksanaan mereka dalam membina pasaran eksport untuk Proton, walaupun secara global syarikat itu masih gagal mengeksport jenamanya sendiri ke peringkat dunia.

MITI juga sudah sepatutnya tidak boleh lagi berselindung di sebalik jumlah jualan domestik (TIV) dan sepatutnya berkongsi jumlah pengeluaran (TPV) yang memberikan pandangan lebih telus kepada industri automotif negara berbanding dengan negara-negara jiran.

Dengan pasaran domestik yang kecil, eksport ialah satu-satunya cara untuk Proton kekal relevan. 

Perodua pula menggunakan taliannya dengan Toyota dan Daihatsu untuk projek-projek global di mana syarikat tempatan itu mengeksport kepakaran, komponen dan kontrak pemasangan kenderaan, enjin dan transmisi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan volum yang berkembang pesat pada tahun 2022 (5,406 unit) dengan 79 peratus peningkatan…
Berita Domestik
Perjanjian itu merupakan hasil kerjasama kedua antara Proton dan smart, di mana pada tahun 2022…
Berita Domestik
Jika dilihat dari video yang dikongsikan oleh Rizuwan Rosly, kejadian kebakaran kedua libatkan X90…