Jualan pramilik BMW 13 - 15 September 2019 di Stadium Bukit Jalil dan pengedar terpilih

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia akan mengadakan jualan kenderaan pramilik yang dikenali sebagai BMW Premium Selection 2019 pada hujung minggu ini.


BMW Premium Selection 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September hingga 15 September di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengunjung 300 orang pertama akan dihadiahkan Insurans Komprehensif BMW atau MINI yang bertempoh setahun bagi pembelian kenderaan yang dibuat. Selain itu, seunit BMW Advanced Car Eye komplementari iaitu sebuah kamera HD penuh akan diberikan secara percuma kepada 300 pembeli ini. 

 


Selain itu pengunjung bertuah berpeluang memenangi barangan eksklusif keluaran BMW dan MINI melalui sesi cabutan bertuah dengan setiap pembelian jentera BMW Premium Selection.
 

 

 

Jualan pramilik ini juga akan diadakan serentak di pengedar BMW yang terpilih. Mereka adalah:

 

1. CityOne Megamall oleh Regas Premium Auto Kuching; 


2. Kawasan Parkir sebelahan One Stop Premium Outlet, Kolombong oleh Regas Premiums Sabah dan C-Mart, Alor Setar oleh Lee Motors


3. Wearnes Autohaus pula akan menghoskan acara berkenaan di premis mereka sendiri.


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, “Kami komited untuk membekalkan sebuah pengalaman dan perkhidmatan pemilikan premium yang terbaik buat pelanggan-pelanggan setia kami.

 

Menerusi acara BMW Premium Selection 2019, kami ingin membuka sebuah halaman yang bercirikan eksklusif dan aksesibiliti ke atas Pengalaman Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh BMW buat semua pemandu di seluruh negara.

 

Kami ingin melihat keluarga BMW terus berkembang dan kami membawakan perkhidmatan bertaraf dunia untuk pelanggan-pelanggan kami.”

 

 

 

Acara BMW Premium Selection 2019 akan menampilkan BMW X5, BMW 3 Series dan BMW 7 Series serta MINI dan BMW Motorrad. 

 

Sesi pandu uji juga disediakan bagi kesemua model yang dipamerkan sepanjang acara berkenaan untuk memberi keyakinan bahawa kenderaan BMW Premium Selection hanya boleh didapati dalam kondisi yang terbaik. 

 

Terdapat 500 unit kenderaan pra-miliki BMW dan MINI di laman web BMW Premium Selection. 

 

Sila lawati laman web rasmi  di https://www.bmwpremiumselection.com.my/ yang disediakan untuk memudahkan aktiviti beli-dan-menjual untuk pemilik BMW dan MINI yang baharu dan terkini. 

 

Acara BMW Premium Selection adalah seperti berikut:

Tarikh:        13 sehingga 15 September 2019
Waktu:        10:00 pagi – 7:00 malam
Lokasi:        Carpark B, Stadium Nasional Bukit Jalil


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…