Jualan Perodua terus melonjak - 17,693 unit bagi tempoh Januari

oleh Afandi Che Muhamad|
Enggan memperlahankan rentak penawaran kenderaan, Perodua terus mengukuhkan portfolio pasaran mereka dengan catatan jualan 17,693 unit bagi tempoh Januari 2018 sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk rekod, jenama nombor satu Malaysia itu memiliki lebih 40 peratus pegangan pasaran dalam industri automotif tempatan berbanding jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 43,930 unit.

Menerusi angka jualan tersebut, jelas bahawa Perodua mendahului pesaing-pesaingnya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, jumlah tersebut merupakan pencapaian bulanan tertinggi dalam sejarahnya.

"Kita berharap momentum ini akan kekal berterusan.

"Angka jualan tersebut disumbang penjualan model paling laris termasuk Myvi, Axia, Bezza dan Alza," katanya kepada pemberita pada sidang media sebentar tadi.

Pecahan jualan untuk bulan Januari 2018:

  • Perodua Myvi (9,029 unit)
  • Perodua Axia (4,085 unit)
  • Perodua Bezza (2,776 unit)
  • Perodua Alza (1,803 unit)

Menurutnya, Perodua telah berjaya membuat penghantaran lebih 20,000 unit Myvi baharu setakat ini.

Perodua menjelaskan baki 20,000 unit lagi bakal diserahkan dalam tempoh tiga bulan terdekat.

Tambahnya, Perodua telah pun mengeluarkan notis meminta maaf atas kelewatan yang berlaku berikutan permintaan begitu tinggi.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…