Jualan Perodua naik 7.3% - Myvi kekal model terlaris, Arus terima 13k tempahan!

oleh Mohamad Hanif|

Perodua menjual hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019 – peningkatan sebanyak 7.3% berbanding 34,800 kenderaan yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya – disebabkan permintaan yang tinggi untuk hampir kesemua modelnya.

“Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambahbaik masa penghantaran kami," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari Husin.

Dalam dua bulan pertama tahun ini, Perodua menjual sekitar 15,000 unit Myvi, 10,100 unit Axia, 5,900 unit Bezza, 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza, manakala dari segi pengeluaran, 36,500 kenderaan telah dikeluarkan – hampir 6.2% lebih daripada 34,375 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Sementara menunggu laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan bahawa bahagian pasaran kami setakat tahun ini adalah 41%.

“Sementara itu, SUV tujuh tempat duduk terbaharu kami, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari,” tambah Dato' Dr Zahari.

 

 

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV. Pada masa ini, kira-kira 85% daripada tempahan adalah untuk AV.

“Kami telah menyelaraskan operasi pengeluaran kami dalam usaha mengurangkan masa menunggu untuk Aruz. Ini akan diteruskan juga pada bulan Mac.

“Kami amat berterima kasih di atas sokongan dan kesabaran anda dan kami berharap agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda untuk masa yang akan datang,” kata Dato' Dr Zahari.

Perodua kini mengadakan jerayawara (roadshow) Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.

“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang berada di Kuching untuk menyertai Aruz On Tour dan melihat dengan lebih dekat SUV terbaharu Perodua serta memandu uji kenderaan tersebut.

“Sebagai alternatif, bercakaplah dengan penasihat jualan kami yang sah di pusat jualan dan pameran Perodua yang berhampiran anda untuk mengenalpasti kenderaan Perodua yang paling sesuai untuk anda,” kata Dato' Dr Zahari.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sebagai syarikat yang beroperasi di dalam sebuah industri yang sangat bergantung kepada tenaga…
Berita Domestik
Pengumuman demi pengumuman berkaitan kerjasama Toyota, abang kepada Daihatsu/Perodua dengan…
Berita Domestik
Perodua Aruz, SUV yang sedang meningkat naik pada ketika ini mencatatkan tempahan kira-kira 25,000…