Jualan penghabisan stok sehingga 90% untuk alat ganti tulen lama dari Sime Darby Motors dan eDagang SpareXHub

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Motors dan rakan eDagang SpareXHub akan menganjurkan jualan penghabisan stok selama 10 hari dengan potongan harga sehingga 90% untuk alat ganti tulen lama bagi jenama Ford dan Hyundai.


Jualan besar-besaran secara dalam talian ini akan berlangsung di www.sparexhub.com sehingga 10 Jun 2021.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“SpareXHub bertindak sebagai perantara untuk Sime Darby Motors dalam menyediakan kemudahan kepada pelanggan setia kami mendapatkan lebih dari  3,000 dan 7,000 alat ganti tulen lama jenama Hyndai dan Ford yang merangkumi pelbagai barangan servis seperti penapis dan sensor dan juga alat ganti aksesori seperti bampar dan cermin depan,” ujar Alan Scott Gascoyne, Ketua Bahagian Perkhidmatan Selepas Jualan, Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors.

 

“Sime Darby telah melangkah ke arah transformasi digital dalam banyak aspek perniagaan kami dan mengintegrasikan pilihan pembelian secara digital dalam operasi sedia ada. 

 


Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors berkata, "Inisiatif hibrid bersama SpareXhub membantu kami memenuhi keperluan pelanggan dalam talian dan perniagaan khidmat selepas jualan untuk mendapatkan alat ganti tulen lama terpilih.”


 
Inisiatif ini membolehkan para pelanggan menyelenggara kenderaan mereka menggunakan alat ganti tulen yang disarankan oleh pengeluar walaupun waranti kenderaan telah tamat. 

 


Selain itu, pelanggan boleh terus menikmati aspek prestasi, keselesaan dan keselamatan tanpa kompromi disebabkan harga alat ganti.

 


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan harga serta merebut peluang jualan penghabisan stok besar-besaran alat ganti tulen lama jenama Ford dan Hyundai, sila layari https://www.sparexhub.com atau tinggalkan pesanan di laman web atau Facebook SpareXHub.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…
Berita Domestik
Terletak secara strategik di Ara Damansara, Glenmarie dan Cheras, pusat 3S tersebut menyasarkan…
Telah Diuji
Namun begitu, perubahan drastik berlaku bila Korea sedar nilai kualiti setinggi gunung atau…