Jualan motosikal 2018 Indonesia melonjak ke 6.4 juta unit

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan motosikal di Indonesia untuk tahun 2018 mengakhiri musim sendu industri tersebut.

Jualan motosikal negara itu menurun sejak tahun 2016 sehingga 2017.

Indonesia menjual sebanyak 6,480,155 unit motosikal dalam tahun 2015. Ia menurun kepada 5,931,285 unit untuk tahun 2016 dan 5,886,103 unit untuk tahun 2017.

Tahun 2018, jualan melonjak kepada 6,383,111 unit di mana Astra Honda Motor muncul sebagai jenama paling popular untuk Indonesia dengan 4.7 juta unit terjual.

Yamaha Indonesia Motor di tangga kedua dengan 1.4 juta unit sementara Suzuki menjual sebanyak 89,508 unit. Kawasaki berada di tangga keempat dengan 78 ribu unit.

Di Malaysia pula, jualan motosikal berada di tahap bawah 600 ribu unit sahaja setahun. Tahun 2017, sebanyak 541,660 unit terjual dan angka itu dijangka akan naik ke 560,000 untuk tahun 2018,

Dengan pasaran yang terbesar di Asia Tenggara, pastinya negara jiran kita itu akan menerima model-model terbaharu dan pelancaran model terkini di Malaysia akan bergantung kepada Indonesia.

Namun begitu, Indonesia mempunyai kekangan cukai yang sangat tinggi untuk motosikal di atas kapasiti 250cc. Ini menjadikan Malaysia dan Thailand sebagai pasaran terbesar untuk motosikal berkapasiti besar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…