Jualan model plug-in Volvo meningkat 80 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah jualan global bagi Volvo Cars mencatatkan peningkatan 80 peratus terhadap model-model plug-in hybrid (PHEV) disebabkan permintaan yang kuat di benua Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun jumlah jualan sedikit menurun disebabkan COVID-19, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini Volvo berjaya menjual 29,918 unit kenderaan plug-in, atau 24% daripada jumlah jualan keseluruhan 123,198 unit.

Ia merupakan satu peningkatan yang cukup baik berbanding tempoh yang sama, tahun lalu di mana jumlah jualan kenderaan plug-in hybrid hanyalah sebanyak 9 peratus sahaja, atau 15,643 unit berbanding jumlah jualan keseluruhan (174,653 unit).

Di peringkat global, Volvo juga berjaya menjual kira-kira 37,755 unit kenderaan plug-in hybrid untuk separuh pertama tahun 2020, berbanding 21,015 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Ini bermakna, jumlah jualan PHEV Volvo di Eropah sahaja sudah pun merangkumi 79 peratus terhadap jumlah jualan global, disebabkan pemintaan yang kuat terhadap model V60 PHEV dan crossover XC40.

 


Sementara itu, di China jumlah jualan plug-in hybrid adalah sebanyak 3.2 peratus, atau 2,100 unit di mana majoriti rakyat China lebih gemar memilih sedan S90 PHEV.

Pencapaian ini membolehkan Volvo semakin hampir dengan sasaran yang dibuat pada tahun lalu, di mana 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan global Volvo pada tahun ini adalah terdiri daripada kenderaan plug-in hybrid.

Menurut CEO Volvo, Hakan Samuelsson menegaskan bahawa Volvo masih kekal dengan target yang telah ditetapkan walaupun keadaan semasa masih lagi tidak menentu akibat COVID-19.

"Target kami masih sama, di mana terdapat permintaan yang kuat dari pelanggan terhadap kenderaan elektrik (dan PHEV).

"Hasil daripada penjualan kenderaan PHEV telah berjaya merangkumi kos peralihan terhadap elektrifikasi kenderaan. Untuk jangka masa yang panjang, ia bakal memberikan kesan kepada keuntungan sekiranya anda masih mencuba untuk menjual kenderaan dengan teknologi lama.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…