Jualan merudum, Honda henti jual kenderaan di pasaran Russia tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Russia merupakan negara yang terbesar di dunia dan memiliki sehingga 11 buah zon masa yang berbeza, jadi secara teorinya jenama besar seperti Honda sepatutnya mampu menjual lebih banyak kenderaan di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, perkara sebaliknya berlaku di mana Honda bakal menghentikan penjualan kenderaannya di Russia menjelang tahun 2022 sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula operasi globalnya, menurut laporan Reuters.

Tidak seperti pesaing Toyota dan Nissan, Honda sendiri tidak mempunyai fasiliti pemasangan di sana, dan prestasi jualan juga tidak memberangsangkan, hanya 1,383 unit sahaja dari tempoh Januari-November tahun ini.

Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama sebanyak 1.3 juta kenderaan baharu telah terjual di pasaran Russia.

 


Bulan lalu sahaja, Honda sekadar menjual 79 unit kenderaan, jatuh 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan bergantung kepada dua model sahaja, CR-V dan Pilot.

Pun begitu, Honda tidak bercadang untuk keluar secara terus daripada pasaran Russia memandangkan mereka masih lagi menjual produk motosikal dan kelengkapan kuasa di sana.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…