Jualan meningkat, tapi pengeluar EV China terus catat kerugian - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan permintaan terhadap kenderaan elektrik yang semakin meningkat di beberapa buah pasaran, peneraju pasaran seperti Xpeng, Li Auto dan Nio berjaya mencatatkan peningkatan jumlah jualan kenderaan di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tempoh suku kedua tahun ini, Xpeng berjaya meningkatkan jumlah kenderaan yang dijual sebanyak 98 peratus kepada 34,422 unit, sementara Li Auto pula mencatatkan peningkatan 63 peratus kepada 28,687 unit, dan Nio pula sebanyak 14 peratus kepada 25,059 unit.

Namun hakikat sebenar tidak seindah yang dijangkakan.

Menurut laporan daripada Automotive News, ketiga-tiga syarikat itu sebenarnya mencatatkan kerugian untuk tempoh tersebut.
 

Nio


Kerugian bersih Xpeng meningkat 126 peratus kepada 2.7 bilion yuan, sementara Nio pula mencatatkan peningkatan kerugian bersih sebanyak 370 peratus kepada 2.8 bilion yuan.

Li Auto pula mencatatkan kerugian bersih sebanyak 641 juta yuan, dengan peningkatan sebanyak 172 peratus.

Changan Automobile Co. pula mencatatkan kerugian bersih 1.5 bilion yuan untuk separuh pertama tahun ini, manakala sub-divisyennya Avatr EV pula turut mencatatkan kerugian 252 juta yuan.

GAC Motor Co. dan jenama Aion EV turut merekodkan kerugian menghampiri 1.4 bilion yuan walaupun prestasi jualan jenama itu meningkat.
 

BYD


Pengeluar EV dan kenderaan berelektrik terbesar China, BYD pula dilapor melawan arus, dengan jumlah jualan sebanyak 641,350 unit kenderaan untuk separuh pertama tahun ini, dan keuntungan meningkat kepada 3.6 bilion yuan untuk tempoh yang sama.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…