Jualan melonjak 13 peratus - pembeli semakin mahu kenderaan selamat

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton mencatat lonjakan jualan 13 peratus untuk bulan Oktober lalu.

Jualan Proton untuk bulan  September ialah 4,498 unit sementara bulan Oktober naik kepada 5,083 unit.

Ia juga menandakan jumlah jualan sebanyak 61,830 unit dari Januari ke Oktober 2017, peningkatan sebanyak enam peratus berbanding dengan 57,734 unit terjual dalam tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Proton Saga dengan harga dari serendah RM35,590.26 terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Ia kini datang dengan tiga palam USB untuk mengecaj alatan elektronik atau untuk main semula sistem audio.

Dari segi keselamatan, Saga varian Premium datang dengan kawalan cengkaman, ESC, ABS, EBD, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, Isofix dan sensor parkir - cukup lengkap untuk sebuah sedan mampu milik.

Ini tidak termasuk pengendalian yang mantap untuk laluan lebuhraya dengan lebih selamat tanpa rasa beroleng-oleng seperti perahu jalur dicampak ke tengah laut.

 

 

Persona, penerima anugerah Kereta Kompak Terbaik dari MAI untuk tahun 2016, turut melihat peningkatan 57.5 peratus dengan jualan sebanyak 16,833 unit untuk tahun ini berbanding dengan 10,687 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dengan ruang but sebesar 510 liter, kabin yang senyap dan selesa, panel papan pemuka mewah dan sistem gantungan yang mirip kereta Eropah, Persona ialah kereta sedan paling sedap untuk dipandu dalam kategori harganya (bermula dari RM44,831,09).

Ia juga hadir dengan taraf 5-bintang untuk ujian perlanggaran Asean-NCAP dengan segala alatan keselamatan elektronik seperti ESC, TC, ABS, EBD, BA, HDC dan lain-lain (untuk SEMUA varian).

 

 

Menurut Abdul Rashid Musa, Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, promosi 5 Nilai Hebat yang sedang berlangsung untuk Proton memang menjimatkan dan menguntungkan pembeli.

"Dari hanya RM398 sebulan, anda boleh membawa pulang sebuah kenderaan yang selamat untuk keluarga," ujar beliau.

Pembeli boleh memilih pakej penyelenggaraan percuma (RM0) selama lima tahun atau diskaun sehingga RM8,000 untuk pembelian kereta Proton baharu.

Proton semakin dikenali sebagai sebuah kenderaan selamat. Usaha Proton untuk keluar dan berjumpa dengan pelanggan bagi menerangkan sistem keselamatan dalam kerangka kenderaan Proton membantu menerangi minda rakyat Malaysia yang selama ini memikirkan keselamatan hanya cukup dengan membaca doa naik kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…