Jualan Kump. VW jatuh pada April - Masalah ekonomi dan geopolitik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jualan Kumpulan Volkswagen pada bulan April 2019 ialah sebanyak 866,400 unit kenderaan, jatuh 6.6 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Jualan untuk kesemua pasaran utama pada bulan April mencatatkan penurunan. 

Apa yang berlaku sebenarnya?

Menurut Dr. Christian Dahlheim, Ketua Jualan Kumpulan VW, penurunan tersebut berpunca daripada kelembapan ekonomi dan ketegangan geopolitik di beberapa pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW Group Sales April 2019

Di China yang merupakan pasaran tunggal terbesar kumpulan, pengguna kurang membuat pembelian meskipun kadar cukai VAT diturunkan. Masalah ini turut dihadapi oleh jenama lain di China.

Walaupun mencatatkan penurunan, Kumpulan VW akan melancarkan beberapa model utama di China dan mengharapkan prestasi lebih baik pada enam bulan kedua tahun ini.

Di Eropah, jualan kumpulan VW ialah sebanyak 394,800 unit kenderaan iaitu penurunan sebanyak dua peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Walaupun mengalami penurunan, jualan di Rusia ialah sebanyak 20,200 unit kenderaan, meningkat sebanyak tujuh peratus.

 

ŠKODA Octavia vRS

 

Di Amerika Utara, jualan menurun sebanyak 4.1 peratus kepada 76,600 kenderaan. Jualan di Mexico mencatatkan penurunan paling banyak iaitu lapan peratus kepada 14,200 unit kenderaan.

Di Amerika Selatan jualan jatuh sebanyak 6.4 peratus kepada 48,600 unit kenderaan. Jualan di Brazil yang merupakan pasaran terbesar di rantau sana ialah 36,800 unit kenderaan meningkat sebanyak 8.3 peratus.

Lain pula halnya di Argentina, jualan pada April ialah 6,700 unit kenderaan yang menyaksikan penurunan sebanyak 46.2 peratus berbanding April 2018.

 

Porsche 911

 

Di Asia Pasifik jualan kumpulan ialah sebanyak 322,000 unit kenderaan, jatuh sebanyak 10.5 peratus. Di China sahaja, jualan kumpulan ialah sebanyak 302,600 unit kenderaan. 

Pada bulan April 2018, jualan Kumpulan VW ialah sebanyak 334,800 unit kenderaan.

Berikut ialah pecahan prestasi jualan Kumpulan VW mengikut pasaran dan jenama:

Penghantaran kepada pelanggan mengikut pasaran

       

Apr. 2019

     

Apr. 2018

     

Perbezaan
(%)

     

Jan.-Apr.
2019

     

Jan.-Apr.
2018

      

Perbezaan
(%)

Eropah

 

394,800

 

402,700

 

-2.0

 

1,546,800

 

1,546,100

 

+0.0

Eropah Barat

 

325,100

 

334,000

 

-2.7

 

1,289,900

 

1,288,500

 

+0.1

Jerman

 

118,200

 

126,200

 

-6.3

 

455,400

 

455,900

 

-0.1

Eropah Tengah  dan Eropah Timur

 

69,700

 

68,700

 

+1.5

 

256,800

 

257,600

 

-0.3

Rusia

 

20,200

 

18,900

 

+7.0

 

68,400

 

65,000

 

+5.2

Amerika Utara

 

76,600

 

79,900

 

-4.1

 

293,300

 

300,900

 

-2.5

AS

 

51,700

 

53,700

 

-3.7

 

201,700

 

202,600

 

-0.4

Amerika Selatan

 

48,600

 

51,900

 

-6.4

 

180,000

 

180,600

 

-0.3

Brazil

 

36,800

 

34,000

 

+8.3

 

131,200

 

108,100

 

+21.4

Asia Pasifik

 

322,000

 

360,000

 

-10.5

 

1,340,100

 

1,450,200

 

-7.6

China (termasuk HK)

 

302,600

 

334,800

 

-9.6

       

1,249,200

       

1,345,400

 

-7.1

Global

 

866,400

 

927,300

 

-6.6

 

3,472,000

 

3,607,100

 

-3.

Audi A8

 

                       

Penghantaran mengikut jenama

     

Apr. 2019

      

Apr. 2018

      

Perbezaan
(%)

     

Jan.-Apr.
2019

           

Jan.-Apr.
2018

      

Perbezaan
(%)

Volkswagen Passenger Cars

 

487,400

 

519,700

 

-6.2

 

1,943,800

 

2,045,000

 

-4.9

Audi

 

140,300

 

160,900

 

-12.8

 

587,600

 

624,600

 

-5.9

ŠKODA

 

95,900

 

107,100

 

-10.5

 

403,500

 

423,800

 

-4.8

SEAT

 

51,000

 

50,100

 

+1.8

 

202,600

 

189,300

 

+7.0

Porsche

 

25,200

 

22,600

 

+11.2

 

80,900

 

86,100

 

-6.1

Volkswagen Commercial Vehicles

 

44,500

 

46,500

 

-4.3

 

170,100

 

161,300

 

+5.5

MAN

 

11,800

 

11,800

 

-0.5

 

45,300

 

42,400

 

+7.0

Scania

 

8,900

 

7,500

 

+18.2

 

32,500

 

30,200

 

+7.6

Kumpulan Volkswagen Group 

 

866,400

 

927,300

 

-6.6

 

3,472,000

 

3,607,100

 

-3.7

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…