Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) melaporkan bahawa 2.26 juta kenderaan telah dijual bulan lepas, termasuk eksport.
Jualan domestik menunjukkan penuruna lebih teruk, jatuh 10.1 peratus, iaitu kepada 1.79 juta unit untuk penurunan yang ketara berbanding penurunan 7.4 peratus yang dicatatkan pada bulan Jun.
"Di samping kekurangan keyakinan pengguna, jumlah besar bencana alam turut memberi kesan," kata Chen Shihua, timbalan setiausaha agung CAAM, kepada pemberita pada Jumaat.
Disamping jualan kereta baharu mencatatkan penurunan, Kenderaan tenaga baharu (NEV) telah membentuk majoriti jualan kereta penumpang untuk kali pertama.
Jualan EV menunjukkan peningkatan 2.6 peratus kepada 551,000 unit, manakala kenderaan hibrid plug-in melonjak sebanyak 80.7 peratus kepada 438,000 unit.
Jualan NEV, termasuk eksport, menyumbang 43.8 peratus daripada jumlah jualan Julai.
Bagi kenderaan penumpang yang dijual di dalam negara, jumlah NEV melebihi model enjin pembakaran dalaman untuk bulan kedua berturut-turut.
Jualan NEV domestik meningkat 31.6 peratus pada Julai kepada 853,000 unit, manakala kenderaan bahan api menjunam sebanyak 34.1 peratus kepada 742,000 unit.
NEV menyumbang 51.1 peratus daripada kenderaan penumpang yang dijual di dalam negara, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) pada Khamis.
Kategori NEV telah melepasi angka 50 peratus buat kali pertama.
CPCA menyusun data secara runcit manakala CAAM mengumpul data borong.
Eksport kenderaan pada bulan Julai meningkat 19.6 peratus dari tahun ke tahun kepada 469,000 unit.
Kenderaan petrol dan hibrid menaik, tetapi EV merosot 16.7 peratus kepada 77,000 unit.
Perkara ini terkesan oleh kerana Kesatuan Eropah mula mengenakan tarif tambahan ke atas EV buatan China pada bulan Julai.
"Perubahan ini wajar diberi perhatian," kata Chen. "Dari segi eksport EV, kami telah dikenakan layanan yang tidak adil dan tidak munasabah."
Bagi tempoh Januari-Julai, jualan kereta baharu meningkat 4.4 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 16.31 juta unit.
Jualan domestik sahaja China merosot 0.3 peratus kepada 13.04 juta unit, manakala eksport meningkat 28.8% kepada 3.26 juta unit.
SUMBER : NikkeiAsia