Jualan kenderaan menurun

oleh Mohamad Hanif|
Jualan kenderaan untuk tahun 2021 dilaporkan turun 4 peratus akibat masalah kekurangan cip komputer dan juga sentimen pengguna yang menangguhkan pembelian selepas kerajaan mengumumkan insentif cukai dilanjutkan.

Sumber info dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA) jelas menunjukan jualan kenderaan terkumpul untuk tahun 2021 sehingga bulan November turun kepada 441,136 unit berbanding 459,336unit terjual dalam tahun 2020 (Januari ke November).

Jualan kenderaan terkumpul November 2021 juga menurun sebanyak 7.5 peratus berbanding dengan jualan terkumpul sehingga Oktober, menunjukan penjualan yang semakin lemah.

Namun begitu, jualan kenderaan untuk November 2021 adalah masih lebih tinggi berbanding jualan bulan November 2020, iaitu 58,742 unit berbanding dengan 57,622 unit.

Kadar penghasilan kenderaan domestik juga meningkat berbanding dengan tahun 2020, menandakan industri sedang pesat bangkit semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, prestasi kukuh tersebut didorong pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, dengan…
Berita Domestik
Setakat Januari hingga November 2025, TIV telah mencecah 727,836 unit, hanya memerlukan kira-kira…
Berita Domestik
Tarikh Masuk Negara Jadi Penentu Menurut Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, faktor utama…