Jualan kenderaan Mei 2021 menurun 19 peratus - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah jualan kenderaan yang dicatatkan untuk bulan Mei 2021 yang lalu menurun 19 peratus kepada 46,663 unit berbanding 57,912 unit April lalu.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ia adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh pada pertengahan Mei 2021 yang memberikan kesan kepada musim perayaan Aidilfitri.

Selain daripada itu, masalah kekurangan cip semikonduktor juga turut memberikan kesan kepada jualan beberapa buah jenama pada bulan tersebut.

Pasaran kenderan penumpang mencatatkan jualan sebanyak 41,988 unit diikuti dengan pasaran kenderaan komersial sebanyak 4,675 unit.

Sementara produksi kenderaan pula merekodkan 40,159 unit bagi pasaran kenderaan penumpang, diikuti 2,363 unit untuk segmen kenderaan komersial.

MAA mengunjurkan prestasi jualan yang minimum untuk bulan Jun 2021 disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sehingga akhir Jun 2021, di mana pusat pameran tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, prestasi kukuh tersebut didorong pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, dengan…
Berita Domestik
Setakat Januari hingga November 2025, TIV telah mencecah 727,836 unit, hanya memerlukan kira-kira…
Berita Domestik
Tarikh Masuk Negara Jadi Penentu Menurut Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, faktor utama…