Jualan kenderaan Malaysia - 438 unit untuk separuh bulan Jun

oleh HEZERI SAMSURI|
Penjualan kenderaan baharu negara untuk separuh tempoh bulan Jun dilihat menyayat hati.

Ini ialah kerana industri automotif tidak dibenarkan untuk berfungsi semasa lokcdown atau Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari data yang dilihat oleh Careta, empat jenama utama dalam Malaysia menunjukan angka-angka kenderaan yang terjual dari 1 hingga 22 Jun adalah sangat menyedihkan.

  • Proton - 334 unit
  • Perodua - 39 unit
  • Toyota - 55 unit
  • Honda - 10 unit

Careta diberitahu bahawa walaupun operasi bilik pameran tidak dibenarkan, ada pengedar-pengedar yang menghantar kenderaan baharu itu ke rumah pembeli dan diserahkan secara peribadi.

Namun begitu, semua syarikat kenderaan yang dihubungi oleh Careta berkata secara rasmi, mereka tidak membenarkan sebarang operasi penyerahan kenderaan baharu dilakukan untuk menghormati arahan dari MITI.

Careta juga difahamkan bahawa sebuah kilang pemasangan trak yang beroperasi pada tempoh awal SPP lalu atas alasan ia menerima kelulusan dari majlis daerah.

Namun begitu, MITI terus mengarahkan kilang tersebut menghentikan operasinya setelah mendapat tahu berita tersebut.

Buat masa sekarang, syarikat kenderaan dan vendor-vendornya tidak dibenarkan beroperasi bagi membantu usaha pihak kerajaan untuk menurunkan kadar kes Covid-19.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…