Jualan kenderaan Februari 2019 - hanya Toyota dan BMW yang positif

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan penjualan untuk bulan Februari menunjukan penurunan bagi hampir kesemua jenama kenderaan kecuali Toyota dan BMW.

Menurut PaulTan.org, Februari memang sering melihat antara penurunan jualan kenderaan dan antara puncanya ialah kerana bulan Februari yang pendek dan juga cuti Tahun Baharu Cina. 

Perodua menunjukan penurunan sebanyak 14.3 peratus, Honda pula 20.2 peratus dan Proton pada 23.0 peratus.

Nissan mengalami penurunan sebanyak 44.8 peratus, Mazda pada 56.5 peratus. Mitsubishi pada 42.0 peratus, Volkswagen pada 53.1 peratus, Hyundai pada 61.5 peratus dan Renault pada 69.8 peratus.

Mercedes-Benz juga melihat penurunan sebanyak 44.5 peratus dan Volvo pada 11.9 peratus.

Manakala Toyota bangkit dengan penambahan 49.7 peratus dan BMW pada 5.6 peratus.

Lawati artikel asal di Paultan.org untuk carta penuh jualan kenderaan bagi bulan Februari 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…
Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…