Jualan kenderaan di Malaysia dijangka meningkat!

oleh SALINA JALIL|
Jualan kenderaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu peratus tahun ini kepada 608,790 unit, demikian menurut firma perunding Frost & Sullivan.

Ia menganggarkan pertumbuhan positif yang berterusan untuk negara ini pada 2020, yang akan memacu keyakinan pengguna sepanjang tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Bagaimanapun, prospek industri automotif Malaysia dipengaruhi oleh ketidaktentuan global seperti konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, yang akan memberi kesan kepada keputusan pelaburan jangka panjang.

 

“Faktor utama yang mungkin membantu pertumbuhan pasaran automotif Malaysia pada 2020 termasuk keyakinan pengguna yang kukuh dan berkembang di samping pelancaran model baharu," kata Rakan Sekutu dan Naib Presiden Kanan Mobilitinya, Vivek Vaidya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, pelancaran produk baharu dianggap lebih penting bagi pertumbuhan jumlah jumlah industri (TIV), dan model baharu yang menawarkan ciri-ciri sambungan pintar akan menarik lebih banyak minat dan pembelian pelanggan.

 

“Bagaimanapun, faktor-faktor seperti kecelaruan global yang sedang berlaku dan penangguhan berterusan Dasar Automotif Negara (NAP) telah mewujudkan ketidakpastian, yang kedua-duanya perlu diatasi oleh sentimen pengguna positif untuk mengekalkan pertumbuhan menggalakkan,” kata Vaidya.

 

Menurutnya, faktor domestik yang dijangka dapat meningkatkan jualan termasuklah keyakinan pelanggan yang meningkat dibantu oleh suasana politik yang stabil dan peningkatan dalam pelaburan infrastruktur.

 

“Industri ini mengharapkan NAP memberikan hala tuju yang jelas untuk berubah dalam dekad baharu. Terdapat keperluan mendesak industri automotif Malaysia untuk memoden dan menawarkan produk serta perkhidmatan yang menarik sejajar dengan trend global.

 

Beliau berkata, permintaan kenderaan mencatatkan pertumbuhan satu peratus pada 2019 berikutan prestasi model pelancaran baharu dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

 

“Secara keseluruhan, pembeli  lebih berhati-hati sepanjang tahun lepas tetapi menyaksikan kenaikan disebabkan promosi akhir tahun,” katanya.

 

 

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…