Jualan kenderaan baharu melonjak 53% pada bulan September

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan September meningkat 53 peratus dengan angka jualan 67,659 unit berbanding 44,227 unit bulan sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut melibatkan jualan kenderaan penumpang berjumlah 60,060 unit dan kenderaan komersial sebanyak 7,599 unit.



Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, 516,798 unit kenderaan terjual, sekali gus menyaksikan peningkatan 62 peratus lebih tinggi berbanding 318,827 unit pada tempoh sama tahun lalu.

 

Sementara itu, pengeluaran merekodkan 69,389 unit kenderaan daripada 45,972 unit bulan sama tahun lalu.

 

 

2021

2022

September

(kenderaan penumpang)

38,258

60,060

September

(kenderaan komersial

5,969

7,599

Januari - September

318,827

516,798

Jumlah kenderaan penumpang

282,881

459,090

Jumlah kenderaan komersial

35,946

57,708



Bagi bulan ini, MAA menjangkakan, jumlah jualan akan kekal sama seperti paras September 2022.



Isu bekalan dan cip yang berterusan juga dijangka akan mempengaruhi sebahagian daripada proses pengeluaran kenderaan.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…