Jualan kenderaan 2021 menurun

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan untuk Perodua bagi bulan Disember 2021 meningkat sebanyak 11.5 peratus kepada 22,940 unit berbanding dengan 20,299 unit terjual untuk bulan November 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pelanggan Perodua yang setia menunggu ketibaan tempahan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi jualan tahunan pula, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 190,291 unit untuk tahun 2021, turun sebanyak 29.8 peratus dari 220,154 unit terjual dalam tahun 2020.

Antara punca penurunan ialah impak Covid-19, masalah bekalan cip semikonduktor yang melanda dunia dan juga banjir yang berlaku yang turut memberi kesan kepada penghasilan kenderaan.

"Jumlah jualan tahunan itu menurun dari sasaran 200,000 unit untuk 2021 kerana impak dari cabaran yang nampaknya lebih serius dari dijangka," ujar Zainal.

Beliau juga berpendapat jumlah jualan industri kenderaan negara (TIV)untuk 2021 akan menurun dengan jangkaan 23.6 peratus kepada 504,536 unit. Tahun 2020 jumlah TIV ialah 528,172 unit.

Zainal berkata pelan tindakan untuk menangani impak Covid-19 untuk Perodua terbukti berkesan. Antara tindakan yang dilakukan ialah dengan menggunakan lokasi alternatif sekiranya pembekal menjalani "lockdown".

Perodua juga membekalkan kakitangan sementara untuk mana-mana pembekal mereka yang kekurangan pekerja akibat Covid-19.

Disember lalu, Perodua menjangkakan sasaran jualan sebanyak 240,000 untuk 2022. Namun begitu, ia akan menilai kembali sasaran itu selepas Januari 2022 untuk mengambil kira impak bencana alam dan faktor-faktor lain.

Program Bantuan Banjir Perodua pula menyaksikan sebanyak 1,675 pemilik kenderaan yang menghantar Perodua mereka untuk diperiksa di semua pusat servis Perodua.

"Kami sedar ramai pemilik Perodua bergantung kepada kenderaan mereka untuk aktiviti harian dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu mereka yang terkesan kerana banjir," kata Zainal.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…