Jualan Honda siri N lebih 2.5 juta unit sejak 2011! (Termasuk N-BOX)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dari respon di media sosial apabila artikel Honda N-BOX disiarkan nampaknya ramai menggemari model berkotak itu. Di negara kita, permit import bermakna apa sahaja kenderaan yang dihajati boleh dibawa masuk.

Dengan itu beberapa pengimport telah pun menawarkan Honda N-BOX di pasaran tempatan. Pada harga sekitar RM130,000 anda boleh memiliki model comel dari Honda ini.

Jika Honda sinonim dengan Civic, CR-V, City dan Jazz, N-BOX menawarkan sesuatu yang berbeza. Di Jepun, pengguna bukan saja disajikan dengan N-BOX tetapi dengan pelbagai model lagi.

Honda membangunkan model N sebagai sebuah siri yang mempunyai pelbagai model. Siri N terdiri daripada N-BOX, N-BOX SLASH (N-box slash), N-ONE (N-one), N-WGN (N-Wagon), and N-VAN (N-Van).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda

Identiti utama siri N ialah ruang dalaman yang luas dan pelbagai guna. Honda sememangnya cekap dalam menggunakan ruang dan ia terserlah pada siri N.

Pelanggan juga gemarkan kelengkapan keselamatan, keselesaan dan prestasinya yang berkuasa.

Strategi Honda dalam mengkhususkan tawaran N sangat berjaya apabila jualan setakat November 2019 telah pun mencecah 2,520,786 unit. Ini adalah bulan ke-96 sejak model pertama N-BOX dilancarkan pada Disember 2011.

Untuk sebuah siri yang pasarannya di Jepun, prestasi jualan tersebut sangat cemerlang.

Model N-BOX kedua diperkenalkan pada September 2017 dengan platform dan nadi kuasa baharu. Honda turut melengkapi N-BOX dengan Honda SENSING yang kemudian mendapat sambutan baik.

Honda N-VAN

Selepas N-BOX, Honda menggunakan platform sama bagi membangunkan N-VAN dan dilancarkan pada Julai 2018. Model baharu N-WGN kemudian menyusul pada Ogos 2019.

N-VAN dibina untuk pelbagai tugas manakala N-WGN pula sebagai kereta penumpang yang selesa dan boleh digunakan untuk semua orang.

Honda akan terus membangunkan siri keluarga N bagi memenuhi pelbagai gaya hidup dan memberikan lebih nilai kepada para pelanggan.

Cuma harapan penulis agar Honda N-BOX dipasarkan pada harga mampu milik kerana ramai yang mengidamkannya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…