Jualan EV Taycan Q1 2021 kini hampir menyamai Porsche 911!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh suku pertama tahun 2021 (Q1 2021), Porsche telah berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 71,968 unit kenderaan di peringkat global, peningkatan sebanyak 36 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah itu, Porsche Macan kekal menjadi model yang paling laris terjual, berjumlah 22,458 unit telah dihantar kepada pelanggan dalam tempoh tersebut.

Model yang kedua terlaris adalah Porsche Cayenne dengan 19,533 unit terjual, diikuti oleh model 718 Boxster dan 718 Cayman (6,190 unit), dan Panamera (5,600 unit).

Bagaimana pula dengan EV pertama Porsche?

Untuk tempoh yang sama, Porsche turut berjaya menjual sebanyak 9,072 unit Porsche Taycan, menjadikan ia hampir menyamai angka jualan yang dicatatkan oleh model Porche 911 (9,133 unit).

China kekal menjadi pasaran terbesar Porsche dengan jumlah jualan 21,991 unit, peningkatan sebanyak 56 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Di Amerika Syarikat, Porsche telah berjaya menghantar 17,368 unit kenderaan (peningkatan sebanyak 45 peratus), sementara pasaran Eropah pula adalah sebanyak 19,389 unit (peningkatan 16 peratus).

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…