Jualan EV di Malaysia terus meningkat

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jualan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia meningkat sebanyak 112 peratus melibatkan 6,617 unit daripada 3,117 unit yang direkodkan dalam tempoh sama 2023.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Perkara itu dikongsi dalam taklimat prestasi jualan kenderaan di Malaysia bagi tempoh separuh pertama tahun 2024.

Jumlah jualan kenderaan hibrid dan EV meningkat dari tahun ke tahun sejak 2021, apabila kenderaan hibrid dijual pada 7,875 unit dan EV pada 278 unit yang menjadikan jumlah xEV pada tahun itu adalah sebanyak 8,153 unit.

ev

Jumlah itu terus melonjak pada 2022, dengan jumlah jualan kenderaan hibrid meningkat pada 19,988 unit dan EV pada 2,631 unit yang menjadikan jumlah xEV mencapai jumlah sehingga 22,619 unit.

Angka ini terus melonjak sehingga 2023 dengan jumlah jualan keseluruhan xEV mencapai 38,214 unit, dimana jumlah jualan kenderaan hibrid sebanyak 28,055 unit dan EV mencapai jumlah lima angka sebanyak 10,159 unit.

Ketika ini, pada separuh pertama 2024, Malaysia menyaksikan sebanyak 15,884 unit kenderaan hibrid dijual dan EV dijual sebanyak 6,617 unit yang menjadikan jumlah jualan keseluruhan xEV sebanyak 22,501 unit.

Angka ini menunjukkan peningkatan yang amat besar dan kukuh dari tahun ke tahun, ia dijangka bakal terus melonjak sehingga akhir tahun ini.

Persoalan dari sisi penulis, adakah Malaysia tidak terjejas akal fikiran mereka apabila sebelah Barat kini mula membuat pusingan-U untuk menggunakan kenderaan ICE? Baca di sini / HAMPIR SEPARUH PENGGUNA EV DI AS MAHU BERTUKAR KE KENDERAAN ICE

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar elektronik dari Taiwan itu sebelum ini telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan…
Model Terbaharu
Pesaing kepada BMW 2 Gran Coupe itu hadir buat pertama kali sebagai model EV yang berada di luar…
Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…