Jualan eksklusif Volkswagen pada 12.12.2019 di Instagram

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal meraikan karnival membeli-belah ikonik 12.12 dengan jualan eksklusif menerusi Instagram yang pertama seumpamanya.

 

Untuk sehari sahaja (24 jam), sebanyak 12 unit Polo dilengkapi pakej aksesori JOIN dan 12 unit Beetle bersama spoiler dan VW Tint percuma akan dijual di kedai Instagram Volkswagen Malaysia (@volkswagenmalaysia) dengan diskaun sebanyak RM12,000. Ini merupakan kali pertama jenama automotif menjual kereta menerusi platform media sosial di Malaysia.

 

 

 

Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, pelanggan perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM500 untuk Polo dan RM1,000 bagi Beetle menggunakan platform pembayaran kad kredit. Sebaik sahaja diproses, pelanggan akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, seterusnya melengkapkan proses pendaftaran dan penyerahan kenderaan.

 

 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter percaya pembelian kereta secara dalam talian sudah menjadi perkara biasa, terutama ketika platform e-dagang semakin popular. “Volkswagen Malaysia merupakan perintis dalam usaha ini apabila kami bekerjasama dengan Lazada untuk menjual Beetle dan Polo edisi khas pada jualan 12.12 dua tahun lalu. Kedua-dua edisi itu habis dijual hampir serta-merta.

 

 

 

“Tahun ini, kami akan meneruskan usaha dengan menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang menjual produk melalui Instagram. Kami tidak sabar untuk mencatat sejarah baru.”

 

 

 

beetle

 

 

 

Jualan akan bermula pada 12.01am dan berakhir 11.59pm pada 12 Disember 2019. Maklumat lanjut, sila ikuti laman Instagram Volkswagen Malaysia di @volkswagenmalaysia atau layari https://bit.ly/2RDlNzW

 

 

 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  VPCM turut memaklumkan bahawa temujanji berkenaan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas PKP…
Berita Domestik
Konsep Volkswagen eShowroom ini membawakan pengalaman pembelian secara terus menerusi hujung jari,…
Berita Domestik
Langkah ini turut melibatkan semua pusat pengedar dan pusat servis di seluruh negara, namun…