Jualan di AS jatuh 1.9% pada suku pertama 2017 - JATO

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Berdasarkan pemerhatian jualan kenderaan awal tahun ini nampaknya prestasi yang dicatatkan bercampur-campur. Ada yang meningkat naik dan tidak kurang juga menurun. Terbaru, jualan kenderaan di Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama 2017 turun sebanyak 1.9% berbanding suku yang sama tahun lalu. Data itu dikeluarkan oleh JATO, sebuah organisasi berkaitan data industri automotif yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan mempunyai wakil di lebih 40 buah negara. Penganalisa menjangkakan jualan pada bulan Mac akan sedikit meningkat tetapi sebaliknya yang berlaku walaupun dengan pelbagai insentif diberikan.

Jato US Sales Volume Q1 2017

Di AS, pasaran dikuasai oleh segmen SUV dan pikap dan menariknya Honda mencatatkan peningkatan pasaran sebanyak 4.3% hasil jualan CR-V dan pikap Ridgeline yang sebelum ini dihentikan selama dua tahun. Buat kesekian kalinya, kenderaan paling laris di AS ialah Ford F-Series, disusuli oleh Chevrolet Silverado dan Ram Pickup (Dodge Ram). Jualan Ford F Series ialah sebanyak 205,281 unit pada suku pertama 2017 berbanding 186,121 unit pada tempoh yang sama tahun lalu. Tempat keempat masih lagi SUV iaitu Nissan Rouge dengan jualan sebanyak 100,000 unit dan ia adalah pencapaian pertama SUV itu. Bagaimana dengan kereta penumpang pula? Di AS, Toyota Camry mendominasi segmen dengan 83,459 unit jualan dan walaupun di posisi pertama, angka tersebut menurun dengan banyak berbanding 96,244 unit pada tempoh sama 2016. Menghampiri Camry ialah Honda Civic dengan 81,654 jualan dan diikuti oleh Toyota Corolla sebanyak 76,086 unit. Selepas bertahun-tahun mencatatkan penurunan dan ditambah pula skandal emisi, Volkswagen menambah angka jualan mereka kepada 7,000 unit berbanding suku pertama 2016. Jualan VW pada awal tahun ini ialah 76,293 unit manakala jualan pada tempoh yang sama tahun lepas ialah 69,316 unit. Peningkatan jualan didorong oleh pelbagai varian Golf yang meningkat naik sebanyak 48.2 peratus. VW konsisten mencatatkan peningkatan pada empat bulan pertama dan jualan dijangka terus bertambah selepas pelancaran SUV Atlas tujuh tempat duduk atau Tiguan Allspace. Berikut ialah infografik yang dikeluarkan oleh JATO tentang prestasi jualan sukuan pertama 2017 di AS [gallery size="medium" ids="27387,27388,27389,27390,27391,27392"] Penulis: Muhammad Md Tajudin